Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Ramadhan 2011 berkunjung dan mengajak satu kelompok manusia istimewa yang di gelar oleh Allah swt di dalam Al-Quran sebagai "Wahai orang - orang yang beriman". Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Ternyata tawaran yang diberi kepada orang - orang beriman yang berpuasa ini amat hebat. Dibukakan kesemua pintu syurga untuk mereka. Dan di hiaskan syurga dengan perhiasan yang cantik sehingga bertanya para bidadari kenapakah ianya di hias sebegini rupa. Maka dijawab malaikat penjaga syurga bahawa Ramadhan telah tiba.
Begitu meriah dan cerinya suasana disyurga saat tibanya Ramadhan Al Mubarak, sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dunia. Saat ramadhan segalanya menjadi perlahan. Alasan puasa dan penat berpuasa menjadi alasan biasa untuk kerja2 yang lambat di selesaikan. Suasana mendung dan longlai mewarnai alam bumi. Terlupa kita pada zaman Rasulullah, bagaimana mereka berjuang dan berjihad di medan badar. Berjalan sejauh 150 km dari Madinah menuju ke Badar dalam panas terik padang pasir. Tidak lemah mereka dan tidak longlai mereka dek panas yang membahang sehingga kemenangan menyambut mereka.
Sememangnya Ramadhan bulan perjuangan.

Saturday, May 28, 2011

Cuti Sekolah

Biasa! Tatkala cuti sekolah mengunjung, akan ada pelbagai idea dan aktiviti yang disusun di dalam kepala ini untuk memenuhkan cuti tersebut. Bukan apa, teringat kepada hadis kalau tak silap saya, dua perkara yang manusia sering terleka dengannya iaitu masa senang dan juga masa sihat. Setiap kali cuti juga pihak MBSA akan menghubungi saya bertanyakan kesempatan untuk mengadakan kelas choral speaking kepada pelajar - pelajar sekolah rendah. Alhamdulillah, kalau tak silap saya ini tahun ke 3 saya bersama MBSA menjayakan program cuti sekolah mereka. Seronok dapat membantu pelajar mengisi masa senggang mereka. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan bimbingan untuk terus bermanfaat buat orang lain. :)

Friday, January 8, 2010

Salam 24 :






Mutakhir ini isu penggunaan nama Allah dalam majalah Herald Katholik makin hangat. 8 Januari 2010 menyaksikan beberapa peristiwa genting yang barangkali sebagai tindakan balas terhadap isu tersebut berlaku. Bermula dengan beberapa perhimpunan yang berlaku di beberapa buah masjid di Kuala Lumpur dan Shah Alam, ianya semakin meruncing apabila terdapat beberapa buah gereja yang turut di bakar dipercayai perbuatan khianat.

Saat timbulnya isu ini, guru di sekolah turut tidak terlepas dalam membincangkan perkara ini. Kantin sekolah menjadi tempat perdebatan yang menarik. Kadang kala agak serius namun ianya tidaklah menimbulkan perbalahan. Ada yang menyokong membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian dan ada yang berpendapat sebaliknya. Atas alasan banyak firman Allah sendiri di dalam Al -Quran yang menyebut bahawa Allah tuhan sekalian alam, sebahagian dari mereka mengatakan sesiapa sahaja layak untuk menyembah Allah dengan syarat tidak mempersekutukanNya. Namun ada juga pandangan yang turut menitikberatkan implikasi terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah tersebut. Bagaimana jika selepas ini Bible juga akan turut di gelar sebagai Kitabullah atau Kalamullah. Gereja - gereja turut di panggil rumah Allah atau Baitullah. Lebih berat lagi penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain ini akan mengelirukan umat Islam sendiri apabila istilah Keesaan Allah swt itu sendiri turut dikelirukan oleh konsep triniti dalam agama Kristian. Apakah nasib generasi muda masa kini dan akan datang yang dikatakan amat cetek pengetahuan mereka mengenai agama Islam sendiri. Saya tidak menafikan bahawa sesuatu tindakan harus dilakukan.
Namun dalam kondisi yang serius sebegini isu ini juga turut menjadi mangsa kepada beberapa kerat orang politik(bukan semua) yang melihat ianya sebagai peluang untuk memastikan kedudukan mereka. Sebelum ini saya melihat ianya bakal menjadi suatu isu yang akan menggabungkan kembali orang-oang Islam di Malaysia. Malangnya ia tidak sebegitu. Barangkali kita sedng menunggu sesuatu yang lebih besar berlaku untuk kembali mewujudkan ukhwah islamiah di kalangan kita. Ya Allah..janganlah engkau timpakan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh ummmat ini..Amin..

Monday, January 4, 2010

Salam 23 : Back to school

Sesi persekolahan bagi tahun 2011 telah pun bermula. Alhamdulillah, segala urusan pendaftaran dan juga kemasukan pelajar ke tahun 1 berjalan dengan lancar. Hari pertama persekolahan di meriahkan dengan kehadiran penjaga yang berdiri menunggu anak masing-masing di luar bilik darjah. Emm..teringat sewaktu hari pertama saya mendaftarkan diri di sekolah rendah. Masih ingat betapa seronoknya saya pada hari tersebut. Al maklumlah...segala-galanya baru. Pakaian, pengalaman, kawan-kawan dan macam - macam lagi. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan. Selepas selesai rehat saya dan seorang rakan saya telah dirotan oleh guru disiplin kerana bermain gelongsor di yang berada di luar kawasan sekolah. Kadang-kadang aku masih ketawa bila teringatkan gelagat cikgu yang terkocoh-kocoh mengejar kami yang sedang berlari mendapatkan gelongsor di luar sekolah. Kini saya bergelar guru.A.lhamdulillah...Belum ada lagi saya mengejar anak murid yang lari keluar dari sekolah.

Friday, December 25, 2009

Salam 22 : Satu Perkongsian


Baru-baru ini seorang sahabat menelefon dan meluahkan rasa penatnya mengajar. Pelbagai cerita menarik dari bekas sekolah aku mengajar beberapa tahun dahulu dapat digali. Sempat juga beliau mengirimkan salah satu dari karangan anak muridnya melalui laman facebook. Sekali baca bagai nak pecah perutku ketawa. Tetapi itulah hakikat bila mengajar di kawasan pedalaman. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa baik dari segi akademik mahupun dari segi akhlak dan tingkah laku pelajar. Well!Selamat berjaya untuk sahabat-sahabat ku di sana. Teruskan perjuangan.!

Wednesday, December 23, 2009

Salam 21 : Dari seketul tahi burung!


Ada saat dan ketikanya, para guru sering meradang bila berhadapan dengan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Bahkan ada yang berputus asa dan mengatakan bahawa anak murid mereka memang tiada harapan untuk berjaya. Namun apabila direnung dan memuhasabah kembali diri, ternyata disebalik peristiwa itu terselit suatu tanda kebiksanaan Allah swt. Bagaimana dari tahi burung yang langsung tidak dipandang orang, kadangkala mencambahkan pokok lada yang subur berbuah. Hebat!Masih wujud potensi dari seketul tahi. Barangkali sesuatu yang sangat sangat perlu direnungkan oleh seorang guru seperti aku.

Monday, December 21, 2009

Salam 20 : Wahai anakku!

Salam 19 : Kerinduan



Setelah sebulan bercuti, kerinduan pada anak murid rasanya merayap di hati. Lama rasanya tak mendegar suara hiruk pikuk mereka. Semangat untuk mengajar meluap-luap rasanya. Idea-idea baru meluap-luap di dalam kepala. Ya! aku tak sabar menanti 4 Januari 2010. Ingin melihat gelagat pelajar tahun 1 . Agaknya ada lagi tak yang meraung, terberak, menangis berguling-guling atau lari dari sekolah. Biasanya ada.....heheh