Tuesday, April 14, 2009

Salam 4 : Petanda Maha Pencipta


Petanda Maha Pencipta pada yang dicipta.

Salam 3 : Lintasan Ibrah


Satu ibrah yang jarang sekali mengalir dari mata asli ke mata hati. Besar jangan disangka bapak, kecil jangan disangka anak. Begitulah realiti dalam kehidupan yang sering kali dilupakan. Kuasa Maha Pencipta menjadikan yang dicipta dalam pelbagai saiz dan berbeza kekuatan. Seringkali kita memerhatikan yang punya saiz, kekuasaan atau kekuatan yang besar akan menguasai. Tuhan Maha adil. Setiap yang dicipta diberi kekuatan yang berbeza. Yang penting adalah belajar untuk menggunakan kekuatan itu dengan sebaik mungkin.

Monday, April 13, 2009

Salam 2 : Lihatlah wahai mata hati!

Petanda Maha Pencipta akan sentiasa terserlah pada yangdicipta sekiranya anugerah mata yang dikurnia digunakan untuk melihatnya. 4 bulan saya cuba menanam pokok cili dengan harapan ianya akan mengeluarkan hasil. Malangnya setelah ianya dijaga dan dibaja, petumbesarannya terbantut dan tidak langsung mengeluarkan buah. Program di sebuah kem di Hulu Langat mengingatkan saya betapa kerdilnya yangdicipta jika dibandingkan dengan kuasa Maha Pencipta. Dengan kehendakNya, pokok tetap hidup walaupun dari dalam batu...