Tuesday, June 30, 2009

Salam 14 : Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah



Tersentuh bila dengar sajak di IKIM ni...

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah.

Bersihkanlah dirimu sebelum dirimu dimandikan
Berwudu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah a
uratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak diatas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat jemaah.
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Beserta Fatihah,selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru, ke menyeru sekalian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjasi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa - dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebulum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk ynag tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah dimana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru biala dia menyeru, sambutlah seruanNya
Sebelum dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak beerti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Dipetik dari Radio IKIM....





Salam 13 : Murid periksa guru diperiksa!



Aduhai!33 orang pelajar tahun 1 gagal dalam peperiksaan kali ke 2 untuk tahun ini. Lebih menambahkan malang lagi bila majoriti yang gagal itu datangnya dari kelas yang di ajar oleh saya. Hari ini mesyuarat panitia bahasa inggeris berkisar tentang analisis ujian ini. Saya antara guru yang basah baju dek kerana peluh yang keluar kerana mencari alasan yang hendak diberikan.

"Apa masalahnya pelajar tahun 1 ni, cikgu?"
"Mereka belum boleh membaca dalam bahasa Inggeris."Jawabku
"Jadi?"
"Saya akan menjalankan program pemulihan untuk mereka."Ujarku.
"Ok."Respon ringkas dari ketua panitia.

Lega!Itulah getus hatiku. Tetapi sebenarnya aku cukup merasakan sesuatu yang amat tidak selesa berlegar dalam hatiku. Pemulihan untuk mereka atau pemulihan untuk aku? Yang mana lebih perlu? Aku yang lemah atau mereka? Muhasabah ini membuat aku kembali mengkoreksi usahaku di dalam kelas selama ini.
Cawan yang kosong tidak akan dapat menghilangkan dahaga orang yang memerlukan air. Begitulah juga semangat yang pudar tidak akan mampu untuk menyinarkan semangat orang lain. Murid tidak akan dapat sama sekali dibimbing oleh guru yang mati semangat juangnya. Nekad...Semangatku harus ku pulihkan. Iltizamku harus aku kemaskan....Masih memikirkan caranya untuk menaikkan kembali semangat ini...Tolong!!!!

Thursday, June 25, 2009

Salam 12 : Ultraman Vs Cikgu



"Siapa dalam kelas ini yang suka dengan Ultraman?" tanya guru kepada pelajar - pelajar di dalam kelasnya. Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Suasana menjadi hiruk pikuk dek suara mereka yang begitu seronok menceritakan hebatnya Sang Ultraman.
Secara peribadi, saya mengambil iktibar dari cerita Ultraman ini. Seorang sahabat saya pernah berkata bahawa kanak - kanak menyukai Ultraman kerana dia adalah wira yang membuat kebaikan menyelamatkan bumi dari gangguan raksasa. Dan lebih mengkagumkan bagi saya ialah Ultraman tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan untuk memberitahu kanak-kanak bahawa dia adalah wira. Cukup dengan perbuatannya melawan raksasa.Sesungguhnya fitrah kanak-kank itu amat jelas. Saya yakin sekiranya kita sentiasa memperlihatkan contoh atau teladan yang baik, bukan sahaja kanak -kanak, malah semua lapisan masyarakat akan senang dengan kewujudan kita.Itulah pendidikan yang paling berkesan jika dibandingkan dengan bebelan atau leteran panjang yang kadang-kadang memualkan pendengar. Apatah lagi jika percakapannya tidak seiring dengan perbuatan. Sang guru kembali bertanya kepada anak muridnya."Dalam kelas ini, siapa yang suka dengan cikgu?"Jawapannya...Masih tidak sehebat ultraman...:P

Tuesday, June 23, 2009

Salam 11 : Rejab kembali lagi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah..Semoga kehadiran Rejab akan mengukuhkan latihan bagi mempersiapkan diri untuk menempuh Ramadhan.

Monday, June 22, 2009

Salam 10 : Bila angin menyapa

Barangkali sudah menjadi tabiat manusia apabila berdepan dengan angin ribut yang kencang, mereka akan bergegas menyelamatkan nyawa dan harta benda masing - masing. Pada saat itu semuanya dilakukan dengan begitu pantas dan bersegera. Tetapi apabila berhadapan dengan angin sepoi - sepoi bahasa semuanya akan duduk bersandar dan lama - kelamaan akan lena di sapu angin. Pada masa itu suasana dirasakan begitu nyaman sehingga semua perkara dibiarkan berlalu begitu sahaja. Hakikat ini dirasakan amat dekat dengan diri yang apabila berada dalam kesibukan yang amat sangat, semuanya dapat dilakukan dengan bersegera dan pantas. Malangnya apabila kelapangan masa menjengah, kehidupan dirasakan terlalu santai sehinggakan apa yang perlu dibuat ditanguhkan demi menikmati keselesaan itu. Mungkin benar manusia ini seperti intan, semakin kuat tekanan yang diterima, semakin berkualitilah ia. Bagi manusia pula, semakin perit kehidupan yang dilaluinya semakin kuat tekadnya untuk melakukan yang terbaik. Kadangkala terdetik,adakah sehingga Allah mendatangkan urusannya baru hati ini berubah. Teringat kepada doa didalam Al-Ma'thurat yang sering dilantunkan : Ya Allah!Aku berlindung padaMu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan...Amin

Friday, June 19, 2009

Salam 9 : Aku dan mereka : Sama!



Merenung kembali saat mula - mula bersekolah pada tahun 1985 membuat saya ketawa kecil. Masakan tidak, pada ketika itu apa yang ada pada saya hanyalah minat untuk bermain. Main...main...dan main. pada usia yang sebegini erti hidup pada masa itu hanyalah terletak pada betapa gembiranya hati sewaktu dapat bermain dan apabila dilarang bermain, dunia seolah - olah kosong dan tidak bererti. Kini melihat pada anak murid - anak murid yang berada di tahun 1, kenangan manis itu kembali menjengah. Namun, dari suatu dimensi yang berbeza, anak - anak didik yang menceriakan kelas dengan hiruk pikuk mereka dilihat seumpama intan yang masih di dalam perut bumi. Kuasa Maha Pencipta meletakkan kekuatan didalam hatiku untuk terus membimbing anak - anak ini walaupun kadang-kadang aku sering duduk menahan kemarahan ketika berhadapan dengan telatah mereka. Sungguh!mereka seperti aku pada suatu masa dahulu. Apa yang difikirkan ialah...main.

Tuesday, June 16, 2009

Salam 7 : Robot Vs Manusia



Menakjubkan! Itulah satu-satunya perkataan yang boleh menghuraikan perasaan saya apabila melihat kanak - kanak di peringkat sekolah rendah ini bersaing membina robot dan menyusun program bagi membolehkan robot tersebut menjalankan tugasan yang ditetapkan. Ya Allah, betapa besarnya potensi dan ilham yang kau letakkan dalam diri kanak - kanak seusia ini. Memuhasabah diri ini, menimbulkan seribu kekesalan kerana selama ini potensi yang sebegini langsung tidak terpandang oleh mata hati seorang guru seperti saya. Pulang dari program ini membawa seribu tekad bahawa potensi kanak - kanak ini tidak akan lagi dipandang rendah. Bahkan potensi ini akan terus di bimbing dengan penuh hemah, InsyaAllah. Hati dirasakan terus berbunga dengan harapan akan lahirnya Jurutera - jurutera Islam yang soleh dari generasi anak - anak ini. Amin...

Monday, June 15, 2009

Salam 6 : Sang murobbi(Pendidik)

Contoh yang amat dekat dengan kehidupan masa kini.

Salam 5 : Pendidik atau Pengajar

Setelah 2 minggu jauh dari hingar bingar suara kanak-kanak, suasana itu akan kembali ku tempuhi hari ini.Rantaian keselesaan yang menambatku selama 2 minggu tidak kesekolah terasa amat menancap ke bumi. Aliran istighfar segera mengalir di tenggorokku, apabila menyedari bahawa amanah ini tidak boleh di pandang remeh. Kelas yang menjadi medan amalku, bukanlah sebuah padang datar yang merekah tanpa nilai. Disinilah akan kusemai benih - benih generasi masa hadapan. Disini jugalah akan aku baja dan siram benih - benih tersebut dengan siraman yang membentuk akhlak dan peribadi muslim yang utuh yang akhirnya akan menjadi generasi yang tinggi nilai ilmu dan amalnya. Dan yang paling penting, amal inilah yang akan ku bawa di hadapan Allah swt untuk merayu kepadaNya agar meletakkan aku di dalam syurgaNya.Amin ya rabbal a'lamin.
Aku punya kuasa memilih!Itulah lintasan hati sebelum aku menjejakkan kaki ke pintu gerbang sekolah. Ya!Aku boleh memilih untuk menjadi pengajar atau pendidik. Ternyata tugasan di sekolah bandar tidak banyak menyusahkan aku untuk menjadi pengajar yang baik. Rata - rata anak murid di bandar punyai kemampuan untuk menghadiri tuisyen di luar. Tanpa pengukuhan dan pengkayaan juga pasti mereka akan mengusai sesuatu perkara yang diajar. Tetapi bolehkah aku menjadi pendidik yang baik?
Mengajar...sekadar memberitahu, menyampaikan dan memahamkan. Mengajar tentang kepentingan membaca seolah - olah sekadar memindahkan betapa pentingnya membaca itu dari otak guru kepada otak pelajar dengan dibantu latihan - latihan pengukuhan yang akhirnya akan memahat ingatan peri pentingnya membaca di dalam otak pelajar - pelajar.
Mendidik? Mengajar dengan ilmunya, mendorong dengan ajakan dan suruhan, membimbing dengan contoh dan tauladan serta memantau dengan hubungan silaturrahim.
Moga Allah memberikan kekuatan kepada hambaNya untuk meniti atas jalan yang benar dan membimbingnya ke arah Syurga Allah.Amin...