Tuesday, June 30, 2009

Salam 13 : Murid periksa guru diperiksa!



Aduhai!33 orang pelajar tahun 1 gagal dalam peperiksaan kali ke 2 untuk tahun ini. Lebih menambahkan malang lagi bila majoriti yang gagal itu datangnya dari kelas yang di ajar oleh saya. Hari ini mesyuarat panitia bahasa inggeris berkisar tentang analisis ujian ini. Saya antara guru yang basah baju dek kerana peluh yang keluar kerana mencari alasan yang hendak diberikan.

"Apa masalahnya pelajar tahun 1 ni, cikgu?"
"Mereka belum boleh membaca dalam bahasa Inggeris."Jawabku
"Jadi?"
"Saya akan menjalankan program pemulihan untuk mereka."Ujarku.
"Ok."Respon ringkas dari ketua panitia.

Lega!Itulah getus hatiku. Tetapi sebenarnya aku cukup merasakan sesuatu yang amat tidak selesa berlegar dalam hatiku. Pemulihan untuk mereka atau pemulihan untuk aku? Yang mana lebih perlu? Aku yang lemah atau mereka? Muhasabah ini membuat aku kembali mengkoreksi usahaku di dalam kelas selama ini.
Cawan yang kosong tidak akan dapat menghilangkan dahaga orang yang memerlukan air. Begitulah juga semangat yang pudar tidak akan mampu untuk menyinarkan semangat orang lain. Murid tidak akan dapat sama sekali dibimbing oleh guru yang mati semangat juangnya. Nekad...Semangatku harus ku pulihkan. Iltizamku harus aku kemaskan....Masih memikirkan caranya untuk menaikkan kembali semangat ini...Tolong!!!!

0 comments:

Post a Comment