Sunday, July 19, 2009

Salam 17 : Mereka buta atau aku?




Saya sukakan suasana di surau atau masjid yang masih menggunakan kolah untuk mengambil wudhu'. Ahli jemaah beramai - ramai mencelup tangan mereka ke dalam kolah tersebut tanpa mengira siapa mereka. Ada tangan si tukang kasut, tangan jurutera, tangan ahli perniagaan, tangan India muslim atau saudara baru, dan juga barangkali tangan anak-anak kecil yang turut mengikut serta. Ringkasnya mereka berkongsi air yang sama tanpa mengira siapa mereka. Disini tinggi atau rendah darjat seseorang itu hanya dikira berdasarkan keikhlasan mereka..Inilah petikan perkongsian yang disampaikan oleh penceramah dari pertubuhan orang-orang cacat penglihatan Islam Malaysia atau ringkasnya dikenali sebgai PERTIS. Masya Allah..saya tertunduk mengakui betapa saya yang celik ini tidak dapat melihat ibrah atau pengajaran tersebut. Mereka ternyata buta mata tetapi celik hati dan pemikirannya. Oh ya!Salah seorang dari mereka sedang menyambung pelajaran diperingkat Phd manakala seorang lagi di peringkat sarjana. Kedua-duanya dalam bidang kaunseling.

Tuesday, July 7, 2009

Salam 16 : Sekeh Kepala budak!










Hanya 10 saat aku berpaling mengadap ke papan putih kelas, sebaik sahaja aku berpaling mengadap pelajar - pelajarku,2 orang dari mereka telah berada di belakang kelas sambil menggayakan watak kartun kegemaran mereka.Ben 10!Dahla buku latihan tak de.Dari awal tahun asyik hilang.Pensil kontot yang memang tak boleh diasah lagi dah. Kedua -dua mereka di bawa ke depan kelas.Tus!!!meletup atas kepala mereka. Ish!Kesian la pulak.
"Nah duit!Pegi beli buku".Ujarku tegas.
Dengan pantas mereka berlari ke bookshop sekolah. Dengan pensil dan buku ditangan akhirnya tekun membuat latihan. Mungkin hikmat sekeh ini sesuai untuk mereka kot. Sampai sekarang hati masih berdoa.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku.!Ish!Kesian tengok diorang lepas kena ketuk kepala.