Monday, October 26, 2009

salam 18 : Doakan...


Akhir-akhir ini terasa amat sukar untuk menukar sesuatu idea untuk menjadi realiti. Banyak idea yang bergilir-gilir melintas di dalam kepala, tetapi kuasa untuk menjelmakan segala idea tersebut terasa amat lemah. Sedar! Semua orang-orang yang telah berjaya dalam hidup mereka adalah orang-orang yang mampu menjelmakan segala idea mereka ke dunia nyata. Tanpa kekuatan ini mereka tidak mungkin berada pada tahap mereka sekarang. Seringkali tertanya-tanya dari mana mereka beroleh kekuatan itu. Ya Allah! Berilah kekuatan kepada aku seperti kekuatan yang engkau berikan kepada orang-orang yang telah berjaya di jalanMU.. Amin.