Friday, January 8, 2010

Salam 24 :






Mutakhir ini isu penggunaan nama Allah dalam majalah Herald Katholik makin hangat. 8 Januari 2010 menyaksikan beberapa peristiwa genting yang barangkali sebagai tindakan balas terhadap isu tersebut berlaku. Bermula dengan beberapa perhimpunan yang berlaku di beberapa buah masjid di Kuala Lumpur dan Shah Alam, ianya semakin meruncing apabila terdapat beberapa buah gereja yang turut di bakar dipercayai perbuatan khianat.

Saat timbulnya isu ini, guru di sekolah turut tidak terlepas dalam membincangkan perkara ini. Kantin sekolah menjadi tempat perdebatan yang menarik. Kadang kala agak serius namun ianya tidaklah menimbulkan perbalahan. Ada yang menyokong membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian dan ada yang berpendapat sebaliknya. Atas alasan banyak firman Allah sendiri di dalam Al -Quran yang menyebut bahawa Allah tuhan sekalian alam, sebahagian dari mereka mengatakan sesiapa sahaja layak untuk menyembah Allah dengan syarat tidak mempersekutukanNya. Namun ada juga pandangan yang turut menitikberatkan implikasi terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah tersebut. Bagaimana jika selepas ini Bible juga akan turut di gelar sebagai Kitabullah atau Kalamullah. Gereja - gereja turut di panggil rumah Allah atau Baitullah. Lebih berat lagi penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain ini akan mengelirukan umat Islam sendiri apabila istilah Keesaan Allah swt itu sendiri turut dikelirukan oleh konsep triniti dalam agama Kristian. Apakah nasib generasi muda masa kini dan akan datang yang dikatakan amat cetek pengetahuan mereka mengenai agama Islam sendiri. Saya tidak menafikan bahawa sesuatu tindakan harus dilakukan.
Namun dalam kondisi yang serius sebegini isu ini juga turut menjadi mangsa kepada beberapa kerat orang politik(bukan semua) yang melihat ianya sebagai peluang untuk memastikan kedudukan mereka. Sebelum ini saya melihat ianya bakal menjadi suatu isu yang akan menggabungkan kembali orang-oang Islam di Malaysia. Malangnya ia tidak sebegitu. Barangkali kita sedng menunggu sesuatu yang lebih besar berlaku untuk kembali mewujudkan ukhwah islamiah di kalangan kita. Ya Allah..janganlah engkau timpakan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh ummmat ini..Amin..

Monday, January 4, 2010

Salam 23 : Back to school

Sesi persekolahan bagi tahun 2011 telah pun bermula. Alhamdulillah, segala urusan pendaftaran dan juga kemasukan pelajar ke tahun 1 berjalan dengan lancar. Hari pertama persekolahan di meriahkan dengan kehadiran penjaga yang berdiri menunggu anak masing-masing di luar bilik darjah. Emm..teringat sewaktu hari pertama saya mendaftarkan diri di sekolah rendah. Masih ingat betapa seronoknya saya pada hari tersebut. Al maklumlah...segala-galanya baru. Pakaian, pengalaman, kawan-kawan dan macam - macam lagi. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan. Selepas selesai rehat saya dan seorang rakan saya telah dirotan oleh guru disiplin kerana bermain gelongsor di yang berada di luar kawasan sekolah. Kadang-kadang aku masih ketawa bila teringatkan gelagat cikgu yang terkocoh-kocoh mengejar kami yang sedang berlari mendapatkan gelongsor di luar sekolah. Kini saya bergelar guru.A.lhamdulillah...Belum ada lagi saya mengejar anak murid yang lari keluar dari sekolah.