Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Ramadhan 2011 berkunjung dan mengajak satu kelompok manusia istimewa yang di gelar oleh Allah swt di dalam Al-Quran sebagai "Wahai orang - orang yang beriman". Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Ternyata tawaran yang diberi kepada orang - orang beriman yang berpuasa ini amat hebat. Dibukakan kesemua pintu syurga untuk mereka. Dan di hiaskan syurga dengan perhiasan yang cantik sehingga bertanya para bidadari kenapakah ianya di hias sebegini rupa. Maka dijawab malaikat penjaga syurga bahawa Ramadhan telah tiba.
Begitu meriah dan cerinya suasana disyurga saat tibanya Ramadhan Al Mubarak, sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dunia. Saat ramadhan segalanya menjadi perlahan. Alasan puasa dan penat berpuasa menjadi alasan biasa untuk kerja2 yang lambat di selesaikan. Suasana mendung dan longlai mewarnai alam bumi. Terlupa kita pada zaman Rasulullah, bagaimana mereka berjuang dan berjihad di medan badar. Berjalan sejauh 150 km dari Madinah menuju ke Badar dalam panas terik padang pasir. Tidak lemah mereka dan tidak longlai mereka dek panas yang membahang sehingga kemenangan menyambut mereka.
Sememangnya Ramadhan bulan perjuangan.

Saturday, May 28, 2011

Cuti Sekolah

Biasa! Tatkala cuti sekolah mengunjung, akan ada pelbagai idea dan aktiviti yang disusun di dalam kepala ini untuk memenuhkan cuti tersebut. Bukan apa, teringat kepada hadis kalau tak silap saya, dua perkara yang manusia sering terleka dengannya iaitu masa senang dan juga masa sihat. Setiap kali cuti juga pihak MBSA akan menghubungi saya bertanyakan kesempatan untuk mengadakan kelas choral speaking kepada pelajar - pelajar sekolah rendah. Alhamdulillah, kalau tak silap saya ini tahun ke 3 saya bersama MBSA menjayakan program cuti sekolah mereka. Seronok dapat membantu pelajar mengisi masa senggang mereka. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan bimbingan untuk terus bermanfaat buat orang lain. :)