Thursday, December 27, 2012

Great power comes great responsibility

        Tersenyum sendirian apabila mendengar ungkapan ini semasa menonton filem Spider-man. Sambil kepala mengangguk secara tidak sedar mengakui kebenaran kata-kata ini.

         Bagaimana kalau frasa ini kita kaitkan dengan remaja? Maka pastinya kita akan tertanya -tanya apakah "power" atau kuasa yang ada pada diri seorang remaja? Sedangkan  menyara kehidupan sendiri pun belum tentu mampu, maka apakah ada kuasa luar biasa lain yang dimiliki oleh seorang remaja?

Jawabnya ya! dan kuasanya sangat besar dan tidak mungkin dapat disaingi oleh generasi lain. Kuasa untuk menentukan masa depan! Remaja yang ada pada hari ini bakal menentukan apa coraknya masyarakat pada masa akan datang. Remaja hari ini yang dikatakan makan tanggung inilah yang bakal menentukan corak kehidupan bahkan pemerintahan masa depan. Tidak ada sesiapa yang mampu menafikan fakta ini.

Remember! Great power comes great responsibility.
Maka apa pula tanggungjawabnya. sesungguhnya di bahu "super hero" inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Tanggungjawab untuk memastikan dirinya dipersiapkan dengan sebaik mungkin bagi menghadapi masa depan. Remaja perlu memperkasa dirinya dengan segala bekal dan ilmu yang bakal berguna dalam kehidupannya. Bahkan remaja juga perlu melindungi diri dan kuasanya supaya tidak dirosakkan dan disalahgunakan oleh musuh - musuhnya.

Atas maksud ini jugalah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia berusaha sedaya mungkin untuk bersama remaja bagi mempersiapkan diri untuk menentukan corak masyarakat masa depan.

The end.

No comments:

Post a Comment