Saturday, December 21, 2013

COMANGO, HAK ASASI MANUSIA DAN REMAJA


Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang telah sekian lama beriltizam dengan Islam . Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan menjadi salah satu keunikan Malaysia jika dibandingkan dengan negara- negara lain di dunia. Namun sejak akhir-akhir ini keunikan ini dilihat semakin tidak disenangi sehingga wujudnya beberapa siri-siri percubaan untuk mencabutnya keluar. Yang terbaru :-COMANGO ! Ringkasan kepada Coalition of NGO’s. Gabungan 54 NGO-NGO Malaysia yang membawa tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah ini atas nama hak asasi manusia ke Persidangan United Nation  yang berlangsung di Geneva.
Sebagai sebuah agensi yang serius dalam usaha membangunkan potensi dan jatidiri remaja di Malaysia, Kelab Remaja ISMA ingin sekali mengajak semua warganegara Malaysia yang beragama Islam untuk merenung sejenak apakah kesannya tutntutan-tuntutan pengkhianat negara ini kepada generasi remaja kita.

Umumnya segala tuntutan dalam COMANGO ini di bawa atas dasar hak asasi manusia. Jelas bahawa hak asasi manusia ( UDHR ) yang menjadi dasar tuntutan COMANGO ini tersasar jauh dari pandangan Islam. Adakah hak asasi manusia yang mengangkat keinginan manusia melebihi tuntutan syariat dan cara hidup islam ini yang ingin kita terapkan pada remaja – remaja di Malaysia? Maka harus kita renungkan sedalam- dalamnya, bagaimanakah bentuk masyarakat yang akan terbentuk pada masa hadapan sekiranya ini acuan yang kita gunakan pada anak- anak remaja kita. Justeru, Kelab Remaja ISMA menegaskan disini bahawa bukan sahaja tuntutan dalam COMANGO itu sepatutnya ditolak bahkan perkara asas yang menjadi tunjang kepada tuntutan tersebut iaitu hak asasi manusia yang bertentangan dengan garis panduan islam itu juga sepatutnya kita benamkan.


Sebenarnya tanpa kita sedar pendoktrinan kefahaman hak asasi manusia yang dilaungkan oleh COMANGO dan dunia barat ini telah pun berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Ini dibuktikan dengan tersebarnya brosur yang dikeluarkan oleh SUHAKAM yang mempromosikan hak asasi manusia ini dan sekaligus mengeluarkan garis panduan perlaksanaan program hak asasi manusia di sekolah. Apakah tujuan sebenar penanaman kefahaman sebegini ke atas pelajar-pelajar sekolah? Tidak lain dan tidak bukan untuk menyediakan generasi pelajar ini untuk menyahut dan mendokong seruan mereka pada masa akan datang. Tidak mustahil jika seruan ini tidak ditolak sekarang, 10 atau 15 tahun akan datang akan lahir generasi yang bakal menolak ketinggian Islam atas dasar hak asasi manusia. Inikah yang kita mahu?

Maka sewajarnyalah tuntutan COMANGO ini di tolak oleh seluruh umat islam di Malaysia sekiranya benar kita sayangkan generasi masa depan kita. Pada waktu ini umat islam di Malaysia sering disajikan dengan masalah social dan tingkah laku negatif remaja yang tidak kunjung reda, apakah kita rela masalah ini diburukkan lagi sehingga menjalar ke masalah akidah yang kronik. Dalam isu ini janganlah kita menuggu untuk terhantuk barulah kita hendak mengadah. Ianya menjadi amanah yang amat besar kepada golongan umat islam masa kini untuk benar-benar memelihara dan mempertahankan Islam yang kita pinjam dari generasi masa depan kita. Yang nyata, Islam bukan agama silap mata yang tertegak sendiri dengan jampi dan mentera, tetapi islam adalah agama yang ditegak dan didaulatkan oleh pendokongnya yang sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka. Ayuh  bertindak sekarang! Tolak COMANGO demi masa depan remaja kita.

No comments:

Post a Comment